Monday, 13 October 2014

PEMBANDARAN

PEMBANDARAN

Ø  Proses pembandaran merupakan satu proses penumpuan penduduk di kawasan bandar.

Ø  pembandaran turut dikenali sebagai proses urbanisasi. Proses ini menyebabkan perubahan dari segi jumlah penduduk, fungsi bandar, penggunaan tanah dan cara hidup penduduk.

Ø  Jumlah penduduk bertambah dengan pesat di kawasan bandar disebabkan oleh pergerakan penduduk iaitu migrasi penduduk dari luar bandar ke bandar yang berlaku dengan cepat untuk mencari peluang pekerjaan.

Ø  Pertambahan penduduk ini juga berlaku disebabkan oleh pertumbuhan semula jadi di sesuatu kawasan bandar itu.

Ø  Kegiatan ekonomi sesuatu kawasan bandar yang mengalami proses pembandaran akan  berubah dari sektor primer kepada sektor sekunder dan tertier. Sebagai contoh,pusat perniagaan, perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan.

Ø  Pihak kerajaan juga turut memainkan peranan dalam menyediakan kemudahan asas kepada penduduk. Antaranya adalah seperti jaringan pengangkutan, hospital, perumahan, sekolah, dan taman rekreasi. Tujuannya adalah untuk meningkatkan  taraf hidup penduduk di bandar.

Ø  Masy bandar dikatakan mementingkan diri sendiri, mengkhususan dgn bidang masing-masing.
Ø  hubungan antara ahli-ahli masy adlh secara kontrak yg biasanya dinilai dgn wang.

Ø   Masyarakat desa lebih bertolak ansur, tolong menolong, mengetahui serba sedikit tentang pekerjaan dan tiada pengkhususan kerja.


Peta pembandaran global yang menunjukkan peratusan pembandaran setiap negara pada tahun 2012.




Mumbai adalah bandar yang paling ramai penduduk di India, dan bandar keempat paling ramai penduduk di dunia, dengan jumlah penduduk kawasan metropolitan yang kira-kira 20.5 juta.

No comments:

Post a Comment