Friday, 24 October 2014

PUNCA PEMBANDARAN

PUNCA PEMBANDARAN

Ø  Pertumbuhan populasi perbandaran berlaku pada dua hala iaitu secara semulajadi (kadar kelahiran lebih tinggi daripada kadar kematian) dan imigrasi

Ø  Peningkatan semulajadi

§  Peningkatan ini berlaku  disebabkan oleh bekalan makanan yang bertambah baik, dasar kerajaan yang menggalakkan kelahiran dan kemudahan perubatan yang canggih.
Ø  Peningkatan imigrasi

§  Berlaku disebabkan oleh faktor penarikan (menarik golongan imigran untuk mamasuki sesebuah bandar atau kawasan) dan faktor penolakan (mendorong mereka keluar dari tempat asal ke tempat yang lebih baik).

Ø  Terdapat beberapa migrasi yang dapat meningkatkan jumlah penduduk dan seterusnya menyebabkan berlakunya pembandaran. Antaranya adalah Migrasi Antarabangsa dan Migrasi Dalaman.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Antarabangsa

1)      Peperangann Dan Ketidakstabilan Politik

*      Peperangan telah menyebabkan migran perpindah ke negara jiran untuk mencari perlindungan. Misalnya Di Selatan Thailand.

2)      Budaya dan Talian Persaudaraan

*      Corak budaya, bahasa dan agama yang hampir sama dengan negara jiran menggalakkan mereka datang ke negara Malaysia.
*      Penduduk Malaysia juga mempunyai talian persaudaraan dengan penduduk negara jiran seperti Thailand,Indonesia, Thailand, India dan China .

3)      Faktor Lain

*      Melanjutkan pelajaran
*      Untuk meningkatkan taraf hidup

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman

1)       Luar Bandar Ke Bandar

*      Melibatkan perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar dan merupakan jenis migrasi utama di sesebuah negara
*      Tujuan migrasi ini ialah untuk mencari peluang pekerjaan dalam perindustrian
*      Ia melibatkan golongan muda



2)      Bandar Ke Bandar

*      Melibatkan perpindahan penduduk dari bandar kecil ke sederhana besar
*      Motif migrasi ini bersifat ekonomi atau pendidikan


No comments:

Post a Comment