Thursday, 2 October 2014

BANDAR

Bandar

Bandar merupakan salah satu kawasan tumpuan bangunan dan infrastruktur. Selain itu, ia merupakan kawasan yang tinggi populasi dan dengan majoriti aktiviti-aktiviti ekonomi dalam sektor kedua dan sektor ketiga. Menurut beberapa tokoh bandar merupakan:

     1) Bandar ialah sebuah dunia sosial yang kecil dan mempunyai pelbagai dimensi seperti      
          demografi, ekonomi dan sosial,Friedman & Wulf (1976).

     2) bandar ialah sebuah kawasan yang menekankan aktiviti perniagaan dan perdagangan,
           Chistaller (1967)

     3) menurut Northam (1975),bandar ialah satu lokasi penempatan yang mengandungi 3 ciri utama
           iaitu:

             a)Kepadatan penempatannya tinggi berbanding kawasan lain.

             b)Penduduk tidak terikat dengan kegiatan pertanian atau yang berasaskan pertanian.

             c)Lokasi bandar memberi perkhidmatan sebagai pusat kebudayaan, pentadbiran dan
                ekonomi sebagai sesebuah wilayah.

             d)Katiman (1988), bandar ialah kawasan yang dikira berdasarkan saiz penduduk.

 Bagi negara malaysia jumlah penduduk seramai 10,000 orang km persegi telah menjadikan kawasan tersebut sebagai bandar. Kawasan yang kurang daripada jumlah tersebut dianggap sebagai kawasan desa atau rural. Manakala bagi amerika syarikat pula seramai 2,500 orang per km persegi dan jepun 30,000 orang.

No comments:

Post a Comment