Thursday, 30 October 2014

KESAN POSITIF PEMBANDARAN

Kesan Positif Proses Pembandaran Terhadap Ekonomi Penduduk

Proses pembandaran yang giat dilakukan di Kuala Lumpur contohnya ialah pemusatan bagi sektor sekunder dan perkhidmatan. Antara kesan positif proses pemusatan sektor berkenaan terhadap ekonomi penduduk ialah dapat menambahkan peluang pekerjaan dan pendapatan penduduk di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Hal ini adalah kerana proses pembandaran yang pesat berlaku dalam sektor ekonomi di sekitar kawasan Kuala Lumpur memerlukan ramai tenaga kerja bagi menjayakan setiap agenda pembangunan yang cuba dilaksanakan. Peluang pekerjaan yang banyak tersedia ini memberi ruang kepada penduduk setempat untuk menambah pendapatan mereka. peluang pekerjaan di dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan yang banyak di Kuala Lumpur telah menarik masyarakat luar untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mengisi kekosongan peluang pekerjaan tersebu (Kasim, 1991).

           Berdasarkan graf di bawah dapat disimpulkan bahawa jumlah pekerjaan yang wujud di Kuala Lumpur saban tahun akan bertambah kerana proses pembandaran yang berlaku di Kuala Lumpur kian giat berkembang. Dengan wujudnya peluang pekerjaan yang banyak di Kuala Lumpur maka masyarakat tempatan dapat menambahkan pendapatan mereka sekaligus akan dapat meningkatkan taraf hidup mereka.


Rajah : Jumlah Pekerjaan Kosong di Kuala Lumpur


        Selain daripada itu juga, proses pembandaran di Kuala Lumpur akan mendatangkan kesan positif ekoran daripada proses globalisasi. Proses ini menyebabkan ekonomi yang sebelum ini bersifat nasional akan bertukar kepada suatu proses yang bersifat global. Tambahan pula, melalui globalisasi pergerakan barang, modal, maklumat dan buruh akan bebas merentasi sempadan negara dan pergerakan ini lebih bemotifkan kepada sektor ekonomi (Katimah Rostam, 2006).  

No comments:

Post a Comment