Thursday, 6 November 2014

KESAN NEGATIF PEMBANDARAN

Kesan Negatif Pembandaran


Antara kesan negatif daripada aktiviti pembandaran ialah :

1) Kemiskinan dan pengganguran 

  •   Pengangguran berlaku kesan daripada tenaga buruh tidak mempunyai kepakaran dalam             sesuatu bidang itu. Majikan hanya akan memilih buruh yang mempunyai kepakaran untuk         meningkatkan pengeluarannya. 
  • Menurut Lim (1981), tenaga buruh yang tidak mempunyai kepakaran akan ketinggalan dalam persaingan mendapatkan pekerjaan. 
  • Hal ini akan menyebabkan golongan tenaga buruh yang berpendidikan rendah akan menganggur dan hilang sumber pendapatan.
  • Aliran migrasi yang masuk ke sesebuah bandar akan menambahkan lagi kadar pengangguran. Hal ini demikian keran meraka tidak mempunyai persediaan dan hanya datang ke bandar dengan tujuan untuk mengubah nasib diri di bandar.
2) Setinggan 

  • Masalah setinggan ini disebabkan oleh nilai hartanah dan harga rumah di kawasan bandar yang terlalu tinggi. Hal ini menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk memiliki rumah tersebut maka wujudlah penempatan setinggan.
  • Menurut Katimah Rostam (1988), Walaupun kawasan setinggan tidak mempunyai kemudahan yang baik seperti di kawasan perumahan yang lain, mereka tidak mempunyai pilihan kerana mereka tidak mampu untuk menyewa kawasan setinggan yang baik.

Rajah : Kawasan setinggan

Thursday, 30 October 2014

KESAN POSITIF PEMBANDARAN

Kesan Positif Proses Pembandaran Terhadap Ekonomi Penduduk

Proses pembandaran yang giat dilakukan di Kuala Lumpur contohnya ialah pemusatan bagi sektor sekunder dan perkhidmatan. Antara kesan positif proses pemusatan sektor berkenaan terhadap ekonomi penduduk ialah dapat menambahkan peluang pekerjaan dan pendapatan penduduk di sekitar bandaraya Kuala Lumpur. Hal ini adalah kerana proses pembandaran yang pesat berlaku dalam sektor ekonomi di sekitar kawasan Kuala Lumpur memerlukan ramai tenaga kerja bagi menjayakan setiap agenda pembangunan yang cuba dilaksanakan. Peluang pekerjaan yang banyak tersedia ini memberi ruang kepada penduduk setempat untuk menambah pendapatan mereka. peluang pekerjaan di dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan yang banyak di Kuala Lumpur telah menarik masyarakat luar untuk berhijrah ke Kuala Lumpur bagi mengisi kekosongan peluang pekerjaan tersebu (Kasim, 1991).

           Berdasarkan graf di bawah dapat disimpulkan bahawa jumlah pekerjaan yang wujud di Kuala Lumpur saban tahun akan bertambah kerana proses pembandaran yang berlaku di Kuala Lumpur kian giat berkembang. Dengan wujudnya peluang pekerjaan yang banyak di Kuala Lumpur maka masyarakat tempatan dapat menambahkan pendapatan mereka sekaligus akan dapat meningkatkan taraf hidup mereka.


Rajah : Jumlah Pekerjaan Kosong di Kuala Lumpur


        Selain daripada itu juga, proses pembandaran di Kuala Lumpur akan mendatangkan kesan positif ekoran daripada proses globalisasi. Proses ini menyebabkan ekonomi yang sebelum ini bersifat nasional akan bertukar kepada suatu proses yang bersifat global. Tambahan pula, melalui globalisasi pergerakan barang, modal, maklumat dan buruh akan bebas merentasi sempadan negara dan pergerakan ini lebih bemotifkan kepada sektor ekonomi (Katimah Rostam, 2006).  

Friday, 24 October 2014

PUNCA PEMBANDARAN

PUNCA PEMBANDARAN

Ø  Pertumbuhan populasi perbandaran berlaku pada dua hala iaitu secara semulajadi (kadar kelahiran lebih tinggi daripada kadar kematian) dan imigrasi

Ø  Peningkatan semulajadi

§  Peningkatan ini berlaku  disebabkan oleh bekalan makanan yang bertambah baik, dasar kerajaan yang menggalakkan kelahiran dan kemudahan perubatan yang canggih.
Ø  Peningkatan imigrasi

§  Berlaku disebabkan oleh faktor penarikan (menarik golongan imigran untuk mamasuki sesebuah bandar atau kawasan) dan faktor penolakan (mendorong mereka keluar dari tempat asal ke tempat yang lebih baik).

Ø  Terdapat beberapa migrasi yang dapat meningkatkan jumlah penduduk dan seterusnya menyebabkan berlakunya pembandaran. Antaranya adalah Migrasi Antarabangsa dan Migrasi Dalaman.

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Antarabangsa

1)      Peperangann Dan Ketidakstabilan Politik

*      Peperangan telah menyebabkan migran perpindah ke negara jiran untuk mencari perlindungan. Misalnya Di Selatan Thailand.

2)      Budaya dan Talian Persaudaraan

*      Corak budaya, bahasa dan agama yang hampir sama dengan negara jiran menggalakkan mereka datang ke negara Malaysia.
*      Penduduk Malaysia juga mempunyai talian persaudaraan dengan penduduk negara jiran seperti Thailand,Indonesia, Thailand, India dan China .

3)      Faktor Lain

*      Melanjutkan pelajaran
*      Untuk meningkatkan taraf hidup

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Migrasi Dalaman

1)       Luar Bandar Ke Bandar

*      Melibatkan perpindahan penduduk dari luar bandar ke bandar dan merupakan jenis migrasi utama di sesebuah negara
*      Tujuan migrasi ini ialah untuk mencari peluang pekerjaan dalam perindustrian
*      Ia melibatkan golongan muda



2)      Bandar Ke Bandar

*      Melibatkan perpindahan penduduk dari bandar kecil ke sederhana besar
*      Motif migrasi ini bersifat ekonomi atau pendidikan


Tuesday, 21 October 2014

IMEJ BANDAR



  • Imej bandar adalah intepretasi individu berdasarkan situasi dan elemen mengelilingi bandar. 
  • Imej bandar dapat dijelaskan melalui faktor sejarah,rekabentuk bangunan, kelakuan komuniti dan aktiviti.
  • Imej bandar adalah satu tanggapan manusia daripada pemerhatian dan terjemahan dari pemikiran tentang pandangan terhadap reka bentuk dan makna pembandaran.
  • Menurut Lynch, bandar mengandungi lima elemen fizikal iaitu laluan (path), kawasan (district), pinggiran (edge), nodus (node), dan landmark, kesemuanya membentuk imej bandar.
  • Berikut adalah elemen-elemen yang dinyatakan di atas :

  1. Laluan (PATH) : pemerhati bergerak dan mengalami alam sekelilingnya seperti jalan      raya, laluan pejalan kaki, landasan dan sebagainya mengikut laluan ini alam sekitar diperhati dan dihubungkait.

Rajah 1 : Laluan

2. Daerah (DISTRICT) : adalah bahagian bandar yang mempunyai persamaan di mana  
    seseorang pemerhati boleh masuk ke dalam. 


Rajah 2 : Daerah

3. Sempadan (EDGE)– elemen linear yang bukan laluan yang digunakan untuk membahagikan        
    dua bahagian yang mempunyai perbezaan seperti sungai, pantai, landasan, dinding atau 
    sempadan yang tidak dapat dilihat. Sempadan juga penting untuk membentuk imej   
    keseluruhan sesuatu bandar.


Rajah 3 : golok,sempadan di antara Malaysia dengan Thailands

4. Titik tumpu (NODES)– adalah titik atau tumpuan di mana pemerhati boleh masuk seperti 
    simpang jalan, perhentian laluan dan lain-lain konsep titik tumpu ada hubungkaitnya  
    dengan konsep daerah dan laluan.




5. Mercu Tanda (LANDMARK) – merupakan rujukan titik di mana pemerhati tidak masuk ke 
    dalamnya seperti bangunan, tanda jalan, bukit dan lain-lain.

                              

                                  Rajah : mercu tanda bagi negara brazil
               



Thursday, 16 October 2014

Fasa-fasa dalam pembangunan

Terdapat beberapa fasa dalam pembangunan antaranya adalah :




  1. Bandar awal
  2. Bandar purba
  3. Bandar zaman pertengahan(Medieval)
  4. Bandar zaman revolusi industri
  5. Bandar baru
  6. Bandar global



1. Bandar Awal
     - Bermula selepas zaman Neolitik
     - Bermula kira-kira 5500 tahun dahulu.
     - Bermula di lembah sungai subur(nil,tigris,euprathes,indus)
     - Bandar terawal. Mohenjo daro(india pakistan),babylon (iraq)
     - melahirkan tamadun awal(mesir,china dan india)




mohenjo daro


2. Bandar purba

   - selepas zaman Neolitik.
   -  Bermula kira-kira 3,000 tahun yang lalu.
   - Bermula dengan kemunculan Kerajaan Rom dan Greek.
   - Kegiatan perkapalan dan perdagangan.
   - Elemen pertahanan dititikberatkan.
   - Antara bandar yang terkenal ialah Miletus, Pornpei dan Athens dan Sparta(Rom).
   - Dari segi morfologi bandar purba mempunyai susunan bangunan yang teratur dengan
     tempat kediaman raja di tengah dan dikelilingi oleh pembesar, askar dan kaum     
     pedagang di luar kota.





      3. Bandar zaman pertengahan (medieval)

         - Selepas kemerosotan Greek dan Rom
•        - Zaman gelap (Dark Ages) dalam konteks pembandaran
•        - Sistem feudal berjalan
•        - Bandar terletak di kawasan tinggi dan dikelilingi oleh tembok untuk tujuan pertahanan
•        - Kelebihan dari segi nilai estetika dan keindahan monumen dan lanskap
•        - Contoh bandar Oxford dan York




Catedral York Minster


4. Bandar zaman revolusi industri

    - Proses pembandaran di negara Barat disebabkan oleh revolusi industri, perubahan 
      masyarakat
    - Penghapusan sistem feudal, kemunculan idea-idea baru dalam bidang politik, sosial 
      dan ekonomi.
    - Faktor ini mengalakkan pertumbuhan masyarakat moden
    - Sejak kurun ke 14-kaum bangsawan dan ketua-ketua agama berkuasa dalm politik, 
      sosial dan ekonomi
    - Masyarakat terkongkong,hal ini tidak mengalakkan pertumbuhan pusat bandar

    - Proses pembandaran juga perlahan pada zaman ini.





Manchestrer pada zaman revolusi industri


5.bandar baru

   - Tindakbalas atau kesan akibat daripada pembandaran yang tidak sempurna pada     
     zaman revolusi industri.
   - Pertambahan penduduk yang semakin meningkat
   - Bandar baru ini dirancang luar dari kawasan kesesakan
   - Mengabungkan elemen seperti upah yang tinggi,kecantikan semulajadi, udara bersih, 
     selamat, selesa,hubungan sosial yang baik.
   - Bandar taman-
   - Bandar yang terkenal-Letchworth (1903) dan Wewyn (1930)







6. Bandar global

    - Dikenali juga bandar moden
    - Bandar zaman kini iaitu abad ke 19-20
    - Ada bandar yang berasal dari bandar Zaman pertengahan dan wujud akibat pelbagai            faktor seperti dasar kerajaan, sumber dan penjajahan
    - Dicirikan dengan bangunan pencakar langit.
    - Elemen perancangan, politik dan sosial yang lebih teratur
    - Contoh bandar global: London, New York, Shanghai, Dubai, Paris dan lain-lain